Gambar di atas menunjukkan salah satu jenis arak iaitu Vodka.
Fakta-fakta keburukan arak di dalam kehidupan seharian;
- Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.
- Merosakkan akhlak dan aqidah seseorang.
- Menghilangkan manusia dari mengingatkan Allah Subhanahu Wata'ala dan daripada mengerjakan sembahyang.
- Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.
- Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian sesama manusia.
- Memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara serta berlakunya kes zina, rogol, sumbang mahram, malahan lebih buruk lagi boleh menyebabkan pembunuhan.
Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)."
(Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Video ini menunjukkan keburukan arak kepada mental dan fizikal manusia.
Pandangan Ulama' dan Saintis Tentang Arak
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
- Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Manakala, pandangan saintis pula adalah;
"meminum arak bagus kepada kesihatan tetapi kemungkinan untuk mendatangkan kemudaratan itu besar. Ia bergantung juga kepada umur, berapa banyak minuman beralkohol yang seseorang itu minum dan lain-lain lagi. Memang tidak dinafikan bahawa terlalu banyak alkohol boleh membawa kepada masalah yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser mulut dan lain-lain penyakit."
Kesimpulannya, arak mendatangkan banyak implikasi kepada seseorang dari segi fizikal dan juga mental.