Selat Gibraltar, adalah lautan yang mempunyai dua warna, Di dalam Al-Quran telah menjelaskan dalam Surah Ar-Rahman (55) ayat: 19-22,serta QS Al-Furqan (25) ayat 53
"Dan membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing, maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan (QS Ar-Rahman (55) ayat: 19-22)
"Dan Dialah
Allah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan) yang ini tawar lagi
segar dan yang lain masin lagi pahit: dan Dia jadikan antara keduanya dinding
dan batas yang menghalang (Q.S Al-Furqan (25) ayat 53)
Apabila mendengarkan perkara berikut, bukan sahaja orang ramai terkejut bahkan ahli saintis juga terpegun. Sebab, ciptanya penuh dengan keajaipan, Bagaiman satu laut dijumpai dua warna yang berbeza? Namun, itulah faktanya setelah dikaji dengan teliti, keterangan dari Al-Quran, para saintis berjaya mengungkapnya. Kesahihannya di Selat Gibraltar yang menghubungkan antara lautan mediterian, dan Lautan Atlantik serta memisahkan antara Sepanyol dan Maghribi.
Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, iaitu Jabal Tariq
yang bermakna Gunung Tariq. Nama ini merujuk kepada Jeneral Islam Tariq Bin
Ziyad yang menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.
Di selat Gibraltar itu terdapat pertemuan antara dua jenis
laut yang berbeza warna. Seperti ada garis yang memisahkan kedua-duanya. Satu
bahagian yang berwarna biru agak gelap, dan pada bahagian lain warna biru yang
kelihatan lebih terang.
Menurut penjelasan para ahli kelautan seperti Wiliam W Hay,
pakar Ilmuan Bumi di Universiti Colorado, Boulder, AS dan bekas dekan Sekolah
Marin Rosentiel dan Sains Atmosfera di Universiti Miami, Florida, Amerika
Syarikat, dan Prof.Dorja Rao, seorang pakar Geologi marin dan pensyarah di
Universiti King Abdul Aziz, Jeddah mendedahkan bahawa air laut yang terletak di
Selat Gibraltar tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza baik dari segi kadar
garamnya, suhunya, serta ketumpatan air laut tersebut.
Dan seperti yang diungkapkan dalam Qs. Al-Furqan (25) ayat 53. yang satu bahagian rasanya tawar dan segar, sedangkan bahagian lain rasanya masin, dan pahit. Dan diantara keduanya tak pernah saling bercampur (bersatu sama lain), seolah ada dinding tipis yang memisahkan lautan tersebut.
Hebatnya lagi, kedua-dua laut itu dihalang oleh dinding
pemisah. Bukan dalam bentuk dinding tebal tetapi pembatasnya sendiri adalah air
laut itu sendiri. Dinding pemisah itu bergerak di antara dua lautan yang
dinamakan dengan (front) Jabhah yang memisahkan antara dua pasukan. Dengan
adanya pemisah ini setiap lautan memelihara ciri-ciri sesuai dengan makhluk
hidup (ekosistem) yang tinggal di persekitaran itu.
Pada tahun 1873 M / 1283 H. Para saintis dari pasukan
penyelidik Inggeris dalam Ekspedisi Laut Chalengger, mencari bukti bahawa
adanya perbezaan diantara sampel-sampel air laut yang diambil dari pelbagai
lautan. Dari situ manusia mengetahui bahawa air laut berbeza-beza antara yang
satu dengan yang lain, baik dari segi kadar garam, suhu, jenis, berat, dan
hidupan laut lain.
Lalu mengapa lautan tersebut tidak boleh bersatu atau
bercampur?
Pertama kali muncul jawapan itu di lembaran buku-buku Ilmiah
pada tahun 1942 M / 1361 H. Kajian yang mendalam tentang ciri-ciri lautan
mengukapkan adanya lapisan-lapisan air sekatan yang memisahkan antara lautan
tersebut, dan berfungsi memelihara ciri-ciri khas setiap hidupan lautan
dalam ketumpatan air, kadar kandungan
garam, jenis kehidupan laut, suhu, dan kemampuan melarutkan oksigen.
Selepas tahun 1962, diketahui bahawa fungsi batas-batas laut
tersebut dalam mengolah aliran laut yang melintas dari satu laut ke laut yang
lain sehingga laut yang satu tidak melebihi laut lain. Dengan demikian
laut-laut tersebut tidak bercampur aduk kerana setiap lautan menjaga ciri-ciri
masing-masing dan batas batas wilayahnya kerana adanya sekatan-sekatan
tersebut, dan kerana adanya dinding pemisah dan perbezaan warna itu pula, maka
haiwan yang hidup di laut berwarna biru dan masin, tak boleh hidup di laut yang
airnya tawar
Subhanallah
ReplyDelete❤️
ReplyDeleteSubhanaAllah
ReplyDelete