Sunday, 6 March 2016

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHEEM. . .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada view-viewer blog ni. Tujuan saya mencipta blog ni adalah untuk saya menerangkan serba-sedikit mengenai fakta-fakta sains dari Al quran dan Hadis. Seperti mana anda semua mengetahui bahawa Al-quran merupakan kata-kata Allah S.W.T atau boleh dikatakan sebagai Kalamullah.Jadi kita semua tahu bahawa Al-quran ini benar dan suci kerana banyak perkara yang terkandung di dalamnya. 

   Sebelum itu saya akan meringkaskan bagaimana mana Al-quran ini telah tercipta. Al-quran merupakan Kalamullah dan mempunyai kitab Induk yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Satu persatu ayatnya disalin oleh para Malaikat. Kemudian disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengikut arahan dan perintah Allah pada waktu-waktu dan ketika yang bersesuaian. Ia disampaikan Jibril a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengikut serta menyentuh perkara-perkara yang berlaku di dalam keadaan umatnya pada ketika itu. Ini adalah ringkasan yang dapat saya berikan bagaimana Al-quran itu tercipta.Hadis merupakan segala perkataan, perbuatan, dan ketetapan dan persetujuan dari Rasulullah yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Seterusnya saya akan sambung mengenai tajuk utama kita iaitu fakta-fakta sains dari sumber Al-quran dan Hadis.

BEKAM SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Pengenalan 

Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk umat Islam. Tujuan bekam dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid atau racun yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "detoksifikasi" yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.

Hadis yang mengalakkan Bekam

Sabda Rasulullah S.A.W.;

"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah S.W.T.

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah(berbekam)"
(Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Didalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a., lbnu Abbas r.a., dari Nabi S.A.W., baginda bersabda;

"Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api"




Kebaikkan Berbekam

-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah  permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

-Membantu memecahkan lemak, peluh, dan melegakan demam. Membantu  memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki.

-Menbantu menajamkan penglihatan. Peredaraan darah ke mata yang  tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

-Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan  sistem perkumuhan.

-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin  ahmar.

-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang  tersumbat.

-Membantu menghilangkan pening dan migrain

-Menbuang segala gangguan makhluk halus.


Pandangan Ulama dan sainstis

Ulama

lmam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqah lil Muslimil Mu'ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:

"Al-Hijammah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah.Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain"


Saintis

Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga ditulis oleh Thomas W.Anderson (1985) yang berjudul "100 Diseases Treated by Cupping Method", yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:

 Rasulullah bersabda."Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit"




Penyakit yang boleh diubati dengan Bekam

-Migrain
-Sakit pada Kepala
-Sinusitis/Alergic
-Masalah pada mata
-Kolesterol Tinggi
-Masalah Angin 
-Masalah sakit gigi
-Masalah Asthma/lelah dan paru-paru
-Batuk
-Hati/Hepatitis
-Pundi Hempedu
-Pankreas/Diabetis
-Masalah sakit Pinggang
-Masalah lenguh Paha/Petis/Bahu
-Buasir
-Masalah kebas kaki
-Sakit Tumit
-Masalah sakit Jantung
-Masalah Sengugut/Haid
-Batu karang
-Sembelit
-Sakit Lutut
-Sakit Kepala/Jerawat Banyak
-Lemah tenaga batin
-Stroke
-Masalah Buah Pinggang
-Sihir dan lain-lain masalah penyakit

Kesimpulan

Bekam merupakan salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan alternatif sehingga kita memiliki landasan yang kukuh. Apabila Al-quran dan Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah S.W.T. di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.