Pengenalan
Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk umat Islam. Tujuan bekam dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid atau racun yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "detoksifikasi" yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.
Hadis yang mengalakkan Bekam
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah S.W.T.
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah(berbekam)"
(Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Didalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a., lbnu Abbas r.a., dari Nabi S.A.W., baginda bersabda;
"Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api"
Kebaikkan Berbekam
-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.-Membantu memecahkan lemak, peluh, dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki.
-Menbantu menajamkan penglihatan. Peredaraan darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
-Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain
-Menbuang segala gangguan makhluk halus.
Pandangan Ulama dan sainstis
Ulama
lmam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqah lil Muslimil Mu'ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:"Al-Hijammah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah.Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain"
Saintis
Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga ditulis oleh Thomas W.Anderson (1985) yang berjudul "100 Diseases Treated by Cupping Method", yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:
Rasulullah bersabda."Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit"
Penyakit yang boleh diubati dengan Bekam
-Migrain
-Sakit pada Kepala
-Sinusitis/Alergic
-Masalah pada mata
-Kolesterol Tinggi
-Masalah Angin
-Masalah sakit gigi
-Masalah Asthma/lelah dan paru-paru
-Batuk
-Hati/Hepatitis
-Pundi Hempedu
-Pankreas/Diabetis
-Masalah sakit Pinggang
-Masalah lenguh Paha/Petis/Bahu
-Buasir
-Masalah kebas kaki
-Sakit Tumit
-Masalah sakit Jantung
-Masalah Sengugut/Haid
-Batu karang
-Sembelit
-Sakit Lutut
-Sakit Kepala/Jerawat Banyak
-Lemah tenaga batin
-Stroke
-Masalah Buah Pinggang
-Sihir dan lain-lain masalah penyakit
mohon copy
ReplyDelete