Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada view-viewer blog ni. Tujuan saya mencipta blog ni adalah untuk saya menerangkan serba-sedikit mengenai fakta-fakta sains dari Al quran dan Hadis. Seperti mana anda semua mengetahui bahawa Al-quran merupakan kata-kata Allah S.W.T atau boleh dikatakan sebagai Kalamullah.Jadi kita semua tahu bahawa Al-quran ini benar dan suci kerana banyak perkara yang terkandung di dalamnya.
Sebelum itu saya akan meringkaskan bagaimana mana Al-quran ini telah tercipta. Al-quran merupakan Kalamullah dan mempunyai kitab Induk yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Satu persatu ayatnya disalin oleh para Malaikat. Kemudian disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengikut arahan dan perintah Allah pada waktu-waktu dan ketika yang bersesuaian. Ia disampaikan Jibril a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengikut serta menyentuh perkara-perkara yang berlaku di dalam keadaan umatnya pada ketika itu. Ini adalah ringkasan yang dapat saya berikan bagaimana Al-quran itu tercipta.Hadis merupakan segala perkataan, perbuatan, dan ketetapan dan persetujuan dari Rasulullah yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Seterusnya saya akan sambung mengenai tajuk utama kita iaitu fakta-fakta sains dari sumber Al-quran dan Hadis.
Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk umat Islam. Tujuan bekam dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid atau racun yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "detoksifikasi" yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.
Hadis yang mengalakkan Bekam
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah S.W.T.
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah(berbekam)"
(Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Didalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a., lbnu Abbas r.a., dari Nabi S.A.W., baginda bersabda;
"Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api"
Kebaikkan Berbekam
-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu memecahkan lemak, peluh, dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki. -Menbantu menajamkan penglihatan. Peredaraan darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. -Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. -Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. -Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. -Membantu menghilangkan pening dan migrain -Menbuang segala gangguan makhluk halus.
Pandangan Ulama dan sainstis
Ulama
lmam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqah lil Muslimil Mu'ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236: "Al-Hijammah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah.Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain"
Saintis
Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga ditulis oleh Thomas W.Anderson (1985) yang berjudul "100 Diseases Treated by Cupping Method", yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:
Rasulullah bersabda."Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit"
Penyakit yang boleh diubati dengan Bekam
-Migrain
-Sakit pada Kepala
-Sinusitis/Alergic
-Masalah pada mata
-Kolesterol Tinggi
-Masalah Angin
-Masalah sakit gigi
-Masalah Asthma/lelah dan paru-paru
-Batuk
-Hati/Hepatitis
-Pundi Hempedu
-Pankreas/Diabetis
-Masalah sakit Pinggang
-Masalah lenguh Paha/Petis/Bahu
-Buasir
-Masalah kebas kaki
-Sakit Tumit
-Masalah sakit Jantung
-Masalah Sengugut/Haid
-Batu karang
-Sembelit
-Sakit Lutut
-Sakit Kepala/Jerawat Banyak
-Lemah tenaga batin
-Stroke
-Masalah Buah Pinggang
-Sihir dan lain-lain masalah penyakit
Kesimpulan
Bekam merupakan salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan alternatif sehingga kita memiliki landasan yang kukuh. Apabila Al-quran dan Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah S.W.T. di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.
Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
Gambar di atas menunjukkan salah satu jenis arak iaitu Vodka.
Fakta-fakta keburukan arak di dalam kehidupan seharian;
Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.
Merosakkan akhlak dan aqidah seseorang.
Menghilangkan manusia dari mengingatkan Allah Subhanahu Wata'ala dan daripada mengerjakan sembahyang.
Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.
Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian sesama manusia.
Memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara serta berlakunya kes zina, rogol, sumbang mahram, malahan lebih buruk lagi boleh menyebabkan pembunuhan.
Antara hadis yang menyokong fakta-fakta di atas adalah seperti dibawah Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Video ini menunjukkan keburukan arak kepada mental dan fizikal manusia.
Pandangan Ulama' dan Saintis Tentang Arak
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Manakala, pandangan saintis pula adalah;
"meminum arak bagus kepada kesihatan tetapi kemungkinan untuk mendatangkan kemudaratan itu besar. Ia bergantung juga kepada umur, berapa banyak minuman beralkohol yang seseorang itu minum dan lain-lain lagi. Memang tidak dinafikan bahawa terlalu banyak alkohol boleh membawa kepada masalah yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser mulut dan lain-lain penyakit."
Kesimpulannya, arak mendatangkan banyak implikasi kepada seseorang dari segi fizikal dan juga mental.
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu…
“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).” (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. “ (Surah Yaasin;38) Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan. Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an; “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit yang telah ditentukan untuk mereka. Orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain. Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Selat Gibraltar, adalah lautan yang mempunyai dua warna, Di
dalam Al-Quran telah menjelaskan dalam Surah Ar-Rahman (55) ayat: 19-22,serta
QS Al-Furqan (25) ayat 53
"Dan membiarkan
dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas
yang tidak dilampaui oleh masing-masing, maka nikmat Allah manakah yang kamu
dustakan. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan (QS Ar-Rahman (55) ayat:
19-22)
"Dan Dialah
Allah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan) yang ini tawar lagi
segar dan yang lain masin lagi pahit: dan Dia jadikan antara keduanya dinding
dan batas yang menghalang (Q.S Al-Furqan (25) ayat 53)
Apabila mendengarkan perkara berikut, bukan sahaja orang
ramai terkejut bahkan ahli saintis juga terpegun. Sebab, ciptanya penuh dengan
keajaipan, Bagaiman satu laut dijumpai dua warna yang berbeza? Namun, itulah
faktanya setelah dikaji dengan teliti,
keterangan dari Al-Quran, para saintis berjaya mengungkapnya. Kesahihannya di
Selat Gibraltar yang menghubungkan antara lautan mediterian, dan Lautan
Atlantik serta memisahkan antara Sepanyol dan Maghribi.
Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, iaitu Jabal Tariq
yang bermakna Gunung Tariq. Nama ini merujuk kepada Jeneral Islam Tariq Bin
Ziyad yang menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.
Di selat Gibraltar itu terdapat pertemuan antara dua jenis
laut yang berbeza warna. Seperti ada garis yang memisahkan kedua-duanya. Satu
bahagian yang berwarna biru agak gelap, dan pada bahagian lain warna biru yang
kelihatan lebih terang.
Menurut penjelasan para ahli kelautan seperti Wiliam W Hay,
pakar Ilmuan Bumi di Universiti Colorado, Boulder, AS dan bekas dekan Sekolah
Marin Rosentiel dan Sains Atmosfera di Universiti Miami, Florida, Amerika
Syarikat, dan Prof.Dorja Rao, seorang pakar Geologi marin dan pensyarah di
Universiti King Abdul Aziz, Jeddah mendedahkan bahawa air laut yang terletak di
Selat Gibraltar tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza baik dari segi kadar
garamnya, suhunya, serta ketumpatan air laut tersebut.
Dan seperti yang diungkapkan dalam Qs. Al-Furqan (25) ayat
53. yang satu bahagian rasanya tawar dan segar, sedangkan bahagian lain rasanya
masin, dan pahit. Dan diantara keduanya tak pernah saling bercampur (bersatu
sama lain), seolah ada dinding tipis yang memisahkan lautan tersebut.
Hebatnya lagi, kedua-dua laut itu dihalang oleh dinding
pemisah. Bukan dalam bentuk dinding tebal tetapi pembatasnya sendiri adalah air
laut itu sendiri. Dinding pemisah itu bergerak di antara dua lautan yang
dinamakan dengan (front) Jabhah yang memisahkan antara dua pasukan. Dengan
adanya pemisah ini setiap lautan memelihara ciri-ciri sesuai dengan makhluk
hidup (ekosistem) yang tinggal di persekitaran itu.
Pada tahun 1873 M / 1283 H. Para saintis dari pasukan
penyelidik Inggeris dalam Ekspedisi Laut Chalengger, mencari bukti bahawa
adanya perbezaan diantara sampel-sampel air laut yang diambil dari pelbagai
lautan. Dari situ manusia mengetahui bahawa air laut berbeza-beza antara yang
satu dengan yang lain, baik dari segi kadar garam, suhu, jenis, berat, dan
hidupan laut lain.
Lalu mengapa lautan tersebut tidak boleh bersatu atau
bercampur?
Pertama kali muncul jawapan itu di lembaran buku-buku Ilmiah
pada tahun 1942 M / 1361 H. Kajian yang mendalam tentang ciri-ciri lautan
mengukapkan adanya lapisan-lapisan air sekatan yang memisahkan antara lautan
tersebut, dan berfungsi memelihara ciri-ciri khas setiap hidupan lautan
dalam ketumpatan air, kadar kandungan
garam, jenis kehidupan laut, suhu, dan kemampuan melarutkan oksigen.
Selepas tahun 1962, diketahui bahawa fungsi batas-batas laut
tersebut dalam mengolah aliran laut yang melintas dari satu laut ke laut yang
lain sehingga laut yang satu tidak melebihi laut lain. Dengan demikian
laut-laut tersebut tidak bercampur aduk kerana setiap lautan menjaga ciri-ciri
masing-masing dan batas batas wilayahnya kerana adanya sekatan-sekatan
tersebut, dan kerana adanya dinding pemisah dan perbezaan warna itu pula, maka
haiwan yang hidup di laut berwarna biru dan masin, tak boleh hidup di laut yang
airnya tawar